April 19, 2020

EP.5 Gunakan Online Untuk Meneruskan Bisnes Apam

EP.5 Gunakan Online Untuk Meneruskan Bisnes Apam Balik

Melalui Gerai On Digital kali ini, menampilkan seorang peniaga gerai apam balik iaitu Apom Balik Subang yang memiliki 5 gerai di Subang Jaya, USJ dan Shah Alam terpaksa menjalankan bisnes dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Demi meneruskan mencari pendapatan, beliau terpaksa berniaga walaupun ia tidak seperti kebiasaan sebelum ini.

Isi Utama

Podcast kali ini menampilkan Nurfarawahida bt Sapri, pemilik bersama Apom Balik Subang yang memulakan bisnesnya dari rumah setelah pihak kerajaan melanjutkan PKP 3 kerana terpaksa mencari pendapatan untuk membayar gaji pekerja dan keperluan lain. Walaupun sambutan pelanggan melalui media sosial tidak sehebat berniaga secara fizikal namun ianya diharap dapat membantu.

Fakta Menarik

Sekiranya PKP dilanjutkan, peniaga Apom Balik Subang ini terpaksa meneruskan bisnes secara online dari rumah tetapi dalam masa yang sama menggunakan tenaga pekerja yang ramai kerana sebelum ini pekerja menjaga 5 cawangan gerai.

More episodes

Load more