June 19, 2020

Bukan Menteri Biasa

Bukan Menteri Biasa

Visi YB Dato' Sri Dr. Hj. Wan Junaidi b Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Malaysia adalah suatu yang amat berbeza dengan menjadikan keusahawanan satu budaya dan kerjaya yang utama di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Melalui MEDAC, beliau bercita-cita untuk mengubah persepsi masyarakat agar lebih terbuka menerima cabaran sebagai usahawan yang kental dan berfikiran matang dan seterusnya mengubah lanskap ekonomi negara melalui keusahawanan.

Isi Utama

Podcast kali ini membawakan pemikiran idea hebat, pandangan dan nasihat YB Dato' Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi yang ingin meletakan bidang keusahawanan ke satu tahap yang paling tinggi di Malaysia. Melalui temubual yang dilakukan bersama YB Menteri, untuk mencapai visi beliau yang dianggap sukar tapi mampu dilaksanakan adalah dengan mengurangkan birokrasi dan kesukaran urusan di kalangan kakitangan MEDAC dan usahawan. Pendekatan yang lebih mesra, memudahkan dan cepat akan dirintis di bawah pentadbiran dan pimpinan beliau di MEDAC.

Fakta Menarik

Untuk mencapai sasaran dan visi YB Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi ini adalah melalui penguasaan teknologi sepenuhnya oleh usahawan bermula dari proses awal produk termasuk melalui pertanian. Keyakinan beliau bahawa penguasaan teknologi dalam bisnes mampu menjana pulangan maksima kepada usahawan di Malaysia sangat mengagumkan dan ia adalah idea pintar dari seorang Menteri yang yakin akan hala tuju kempimpinannya dan seterusnya membawa usahawan di negara ini dan MEDAC ke satu tahap yang mengagumkan.

 

EP.15 Liza's Briyani Tetap Dapat Sambutan Sepanjang PKP

Gerai Go Digital kali ini menampilkan Puan Rosmaliza Mohammad, pemilik Liza's Briyani di SS15 Subang Jaya yang masih menjalankan bisnes nasi briyai resepi ibu mertuanya dan mendapat sambutan seperti biasa walaupun PKP. Ini adalah kerana Puan Liza telah menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran sejak sekian lama dan dikenali ramai serta telah mempunyai pelanggan tetap.

Isi Utama

Podcast kali ini membawakan Puan Liza dari Liza's Briyani yang berkongsi pengalaman beliau menjadikan media sosial sejak mula berniaga dan ianya banyak membantu beliau terus sukses dan tidak terkesan akibat PKP ini. Ini membuktikan bahawa usahawan mikro yang menjadikan media sosial sebagai alat pemasaran, lambat laun akan lebih mudah dikenali dan mencapai sasaran pelanggan yang betul.

Fakta Menarik

Peranan media sosial seperti facebook, Instagram dan sebagainya sangat berguna sebagai alat pemasaran yang relavan. Usahawan mikro perlu menguasai asas media sosial jika mahu terus berjaya terutama ketika menghadapi saat-saat sukar sepanjang PKP ini.

EP.14 PKP Jadikan Lebih Ramai Kenal Laksa Utara CT Stadium

Pada Gerai Go Digital kali ini, menampilkan Mohd Azim b Razali dari Laksa Utara CT Stadium yang pada mulanya agak terkesan diawal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Mula rasa patah semangat kerana tidak dapat berniaga seperti biasa tetapi mendapat semangat setelah ada permintaan dari pelanggan tetap.

Isi Utama

Kali ini podcast menampilkan Mohd Azim yang bersemangat menjalankan bisnes semula setelah mendapat permintaan pelanggan setia. Apa yang menariknya, pendapatan beliau tidak terjejas sepanjang PKP malah jenama Laksa Utara CT Stadium mula terkenal di sekitar USJ dan Subang Jaya berbanding sekitar Sunway sebelum PKP. Ini semua gara-gara penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran yang betul dan tepat.

Fakta Menarik

Jika menggunakan media sosial dengan betul sebagai medium pemasaran, pasti akan menghasilkan keuntungan bukan saja dari segi pendaoatan tetapi mempromosikan jenama produk di kawasan yang lebih luas. Malah, ia sangat memberi impak selepas PKP kelak.

 

EP.13 Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan Pegangan Pemilik Kuih Warisan Putu Perak

Gerai Go digital kali ini menampilkan seorang lagi peniaga yang tidak kurang hebatnya yang sentiasa positif sepanjang berniaga semasa Perintah kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Menampilkan pemilik Kuih Warisan Putu Perak, Mohd Bukhari b Hamdan yang sentiasa memikirkan alternatif lain dalam meneruskan bisnes kuih muih tradisional yang dijalankan.

Isi Utama

Podcast kali ini membawakan peniaga kuih tradisional dari Perak yang tetap menjalankan bisnesnya walaupun terpaksa menjalankannya dari rumah walaupun sebelum ini memiliki 4 gerai pasar malam di Lembah Klang. Pendapatan berkurangan lebih 70% tetapi demi kelangsungan, beliau menggunakan media sosial untuk meneruskan bisnes beliau. Tetapi, tetap bersyukur atas rezeki yang diperolehi sepanjang PKP ini.

Fakta Menarik

Apa yang menariknya, walaupun tidak lagi boleh berniaga seperti biasa, kekentalan berniaga tetap wujud dan diteruskan dengan dibantu keluarga sendiri berbanding pekerja -pekerja sebelum PKP.

EP.12 Hendak Seribu Daya Pegangan Kuih Muih Tepung Pelita 123

Pada kali ini, Gerai Go Digital mengetengahkan seorang lagi peniaga gerai, Puan Hanirosza Hukartini bt Rosli dari Kuih Muih Tepung Pelita 123 yang dah berniaga sejak tahun 1998 lagi. Apa yang menariknya, bisnes keluarga ini menjalankannya sepanjang Ramadhan tahun ini dari rumah termasuk menjual nasi lemak dan meletakkannya di beberapa stesen minyak di Lembah Klang.

Isi Utama

Walaupun PKP, Puan Hanirosza dari Kuih Muih Tepung Pelita 123 tetap meneruskan bisnesnya dari rumah tetapi apa yang menariknya, beliau menggunakan media sosial sejak sebelum PKP dilaksanakan. Ini menyebabkan jenama dan produk tradisi keluarga beliau tidak terjejas teruk malah mendapat sambutan menggalakkan sepanjang PKP dan penggunaan khidmat penghantaran menjadi alat penghantaran yang sangat berkesan sepanjang PKP ini.

Fakta Menarik

Penggunaan media sosial seperti whatsapp,facebook dan Intagram menjadikan jenama dan produk sebahagian peniaga mendapat pasaran baru dan ianya perlu dilakukan sepanjang masa. Ini sesuai dengan perkembangan teknologi informasi yang sentiasa berkembang dan usahawan mikro perlu menguasainya.

EP.11 Kentucky Corner Berniaga Dari Rumah Guna Media Sosial

Pada edisi podcast kali ini, Gerai Go Digital membawakan seorang peniaga dari Paya Jaras yang baru saja memulakan bisnes Kentucky Corner di gerai sebelum PKP dilaksanakan dan ianya telah memberikan cabaran besar kepada beliau.

Isi Utama

Walaupun Siti Efaizah bt Mohd Abd Wahab baru saja memulakan bisnes Kentucky Corner di gerai sekitar Paya Jaras namun apabila PKP dilaksanakan, beliau mengambil inisiatif meneruskannya dari rumah beliau demi minat mendalam dalam perniagaan tersebut. Menyasarkan khidmat penghantaran kepada pelanggan satu langkah yang tepat ketika PKP dilaksanakan.

Fakta Menarik

Minat terhadap bisnes mendorong usahawan kecil termasuk pejaja dan pengerai yang tetap meneruskan bisnes walaupun operasi dari rumah. Inilah masanya bisnes dilakukan secara digital dan ianya memudahkan bisnes sepanjang PKP dan selepas tempoh tersebut.

 

EP.10 Kos Bahan Mentah Meningkat Peningkan Hairee Satay

Gerai Go Digital kali ini menampilkan seorang peniaga satay, Pitriawati bt Basri dari Hairee Satay yang tertekan dengan kos bahan mentah yang meningkat dan kesukaran mendapatkannya sejak PKP tetapi masa yang sama masih menjual dengan harga yang sama sebelum PKP.

Isi Utama

Podcast kali ini mengetengahkan seorang peniaga satay yang masih menjalankan bisnes satay dari rumah di Kg Kayu Ara secara online atas jenama Hairee Satay. Walaupun telah berniaga lebih 20 tahun di gerai tetapi cabaran sepanjang PKP ini sangat-sangat menguji kerana peningkatan kos bahan mentah mendadak, kesukaran mendapatkan bahan mentah dan persaingan yang wujud kerana semakin ramai orang berniaga satay di kawasan persekitaran kediamannya.

Fakta Menarik

Sepanjang PKP ini, kesukaran pergerakan membeli bahan mentah dari tempat kebiasaaan menyebabkan jualan agak terhad tetapi demi tetap diusahakan untuk memenuhi permintaan pelanggan sepanjang Ramadhan.

EP.9 Gerai Abang SS19 Tetap Menyediakan Menu Kegemaran Pelanggan Sepanjang PKP

Gerai Go Digital kali ini membawakan seorang peniaga gerai di SS19, Subang Jaya iaitu En Anuar b Sharif, pemilik Gerai Abang SS19 yang menggunakan media sosial untuk mempromosikan menu-menu popularnya sepanjang PKP ini. Walaupun telah berniaga lebih 20 tahun di SS19, pengalaman berniaga sepanjang PKP dan Ramadhan kali ini sesuatu yang baru dan tidak boleh dilupakan.

Isi Utama

Podcast kali ini mnampilkan seorang lagi peniaga gerai, En Anuar Sharif dari Gerai Abang SS19 terpaksa menggunakan online dan berdasarkan tempahan dari pelanggan setiap hari. Akibat dari kesukaran mendapatkan bahan-bahan mentah tertentu, beliau hanya menyediakan menu-menu tertentu tetapi tetap merupakan menu kegemaran pelanggan dan dihantar terus kepada pelanggan. Paling ketara jualan agak merosot seperti murtabak yang dijual 200 keping sepanjang PKP berbanding lebih 500 keping sebelum PKP.

Fakta Menarik

Walaupun PKP, pekerja tidak ditamatkan tetapi dikurangkan mengikut syif selain penjarakkan sosial sepanjang kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan dijalankan. Apa yang penting sepanjang PKP, usaha terus dijalankan demi kelangsungan bisnes.

EP.8 Semangat Brader Pit Kebab Tak Pernah Luntur

Kali ini Gerai Go Digital menampilkan Muhammad Syafiq b Sharifuddin, pemilik Brader Pit Kebab yang telah berniaga selama 4 tahun di Kelana Jaya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Syafiq menjalankan bisnesnya dari rumah dan membuat penghantaran kepada pelanggan setiap hari.

Isi Utama

Pada kali ini, podcast menampilkan peniaga kebab dari Kelana Jaya, Syafiq dari Brader Pit Kebab yang membuat persiapan awal menghadapi PKP tetapi akibat lanjutan PKP menyebabkan beliau menggunakan strategi media sosial untuk mempromosikan bisnesnya agar terus berjalan dan dikenali.

Fakta Menarik

Menariknya, ramai peniaga mikro seperti Syafiq mengambil langkah positif dan pro aktif dalam memastikan bisnes gerai mereka terus sukses walau hadapi pelbagai cabaran sepanjang PKP ini.

EP.7 Big John Tetap Yakin Walau Pendapatan Berkurangan Akibat PKP

Usahawan gerai Roti John yang telah berniaga lebih 15 tahun di pasar malam sebelum terpaksa melalui fasa PKP yang sangat berbeza sepanjang beliau berniaga di pasar malam.

Isi Utama

Fendi b Nurahim terpaksa meneruskan kehidupan dan berniaga dari rumah beliau sepanjang PKP ini dan pendapatan merundum lebih 90%. Ditambah dengan ketidakmahiran menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran baru semakin menghimpit beliau. Bagaimana beliau akan meneruskan bisnes Big John beliau?

Fakta Menarik

Demi kelangsungan bisnes, peniaga gerai pasar malam dan penjaja perlu belajar sesuatu yang baru demi kelangsungan kehidupan mereka. Mencari ilmu tidak pernah berakhir dan mencuba sesuatu yang baru.

Load more

Play this podcast on Podbean App