June 19, 2020

Bukan Menteri Biasa

Bukan Menteri Biasa

Visi YB Dato' Sri Dr. Hj. Wan Junaidi b Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Malaysia adalah suatu yang amat berbeza dengan menjadikan keusahawanan satu budaya dan kerjaya yang utama di kalangan masyarakat yang perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi. Melalui MEDAC, beliau bercita-cita untuk mengubah persepsi masyarakat agar lebih terbuka menerima cabaran sebagai usahawan yang kental dan berfikiran matang dan seterusnya mengubah lanskap ekonomi negara melalui keusahawanan.

Isi Utama

Podcast kali ini membawakan pemikiran idea hebat, pandangan dan nasihat YB Dato' Sri Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi yang ingin meletakan bidang keusahawanan ke satu tahap yang paling tinggi di Malaysia. Melalui temubual yang dilakukan bersama YB Menteri, untuk mencapai visi beliau yang dianggap sukar tapi mampu dilaksanakan adalah dengan mengurangkan birokrasi dan kesukaran urusan di kalangan kakitangan MEDAC dan usahawan. Pendekatan yang lebih mesra, memudahkan dan cepat akan dirintis di bawah pentadbiran dan pimpinan beliau di MEDAC.

Fakta Menarik

Untuk mencapai sasaran dan visi YB Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi ini adalah melalui penguasaan teknologi sepenuhnya oleh usahawan bermula dari proses awal produk termasuk melalui pertanian. Keyakinan beliau bahawa penguasaan teknologi dalam bisnes mampu menjana pulangan maksima kepada usahawan di Malaysia sangat mengagumkan dan ia adalah idea pintar dari seorang Menteri yang yakin akan hala tuju kempimpinannya dan seterusnya membawa usahawan di negara ini dan MEDAC ke satu tahap yang mengagumkan.

 

EP.14 PKP Jadikan Lebih Ramai Kenal Laksa Utara CT Stadium

Pada Gerai Go Digital kali ini, menampilkan Mohd Azim b Razali dari Laksa Utara CT Stadium yang pada mulanya agak terkesan diawal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Mula rasa patah semangat kerana tidak dapat berniaga seperti biasa tetapi mendapat semangat setelah ada permintaan dari pelanggan tetap.

Isi Utama

Kali ini podcast menampilkan Mohd Azim yang bersemangat menjalankan bisnes semula setelah mendapat permintaan pelanggan setia. Apa yang menariknya, pendapatan beliau tidak terjejas sepanjang PKP malah jenama Laksa Utara CT Stadium mula terkenal di sekitar USJ dan Subang Jaya berbanding sekitar Sunway sebelum PKP. Ini semua gara-gara penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran yang betul dan tepat.

Fakta Menarik

Jika menggunakan media sosial dengan betul sebagai medium pemasaran, pasti akan menghasilkan keuntungan bukan saja dari segi pendaoatan tetapi mempromosikan jenama produk di kawasan yang lebih luas. Malah, ia sangat memberi impak selepas PKP kelak.

 

Load more