April 19, 2020

EP.6 Pemilik Murtabak Rahmat Tetap Positif Sepanjang PKP

EP.6 Pemilik Murtabak Rahmat Tetap Positif Sepanjang PKP

Melalui Gerai On Digital kali ini, pemilik Murtabak Rahmat, En Efrizal b Efendi yang berniaga di pelbagai pasar malam sekitar Lembah Klang merasa sangat terkesan sepanjang arahan PKP tetapi beliau tetap positif dalam meneruskan bisnes murtabak beliau

Isi Utama

Pengalaman selama 15 tahun dalam bisnes ini membuatkan, Afrizal b Efendi, pemilik Murtabak Rahmat tidak mudah patah semangat dan tetap yakin bahawa bisnes beliau boleh bertahan melalui perubahan strategi pemasaran mendekati pelanggan. Walaupun agak kurang mahir menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran baru, tetapi bantuan dari anak-anak, dapat menyelesaikan masalah penggunaan teknologi sebagai medium pemasaran.

Fakta Menarik

Apa yang boleh dipelajari melalui PKP akibat pandemik COVID 19 ini, adalah semua peniaga mikro mula beralih arah dan mempelajari ilmu media sosial yang mungkin sebelum ini tidak digunakan secara meluas sebagai alat memasaran dan mendekati pelanggan menjangkaui sempadan.

More episodes

Load more