April 19, 2020

EP.3 Peniaga Gerai Perlu Membiasakan Diri

EP.3 Peniaga Gerai Perlu Membiasakan Diri

Kali ini, Gerai On Digital mengetengahkan peniaga gerai di Puchong yang merasa sangat terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak pandemik COVID 19. NurFazrina yang berniaga nasi bajet, nasi tomato dan ABC terpaksa mengubah strategi pemasaranke arah digital. Jika sebelum ini, pihak pengurusan tempat beliau menyewa tapak yang melakukan pemasaran di media sosial, tapi sejak PKP, beliau terpaksa melakukannya sendiri.

Isi Utama

Nurfazreena yang menjalankan perniagaan dengan meyewa gerai di Puchong amat terkesan dengan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga hasil jualan merosot mendadak. Jika sebelum ini pendapatan perniagaan beliau amat tinggi, tapi sejak PKP, pendapatannya berkurangan sangat ketara. Beliau terpaksa mengguakan media sosial sebagai alat pemasaran namun jangkauan pelanggan yang boleh dihantar hanya 10 km menyebabkan sasaran pelanggan amat kecil. Bagaimanakan beliau akan meneruskan perniagaannya jika ianya berterusan?

Fakta Menarik

Jika sebelum PKP, pelanggan yang akan datang membeli, tetapi sepanjang PKP, peniaga gerai terpaksa memikirkan kaedah berbeza untuk mendekati pelanggan. Kaedah yang paling popular adalah melalui media sosial tetapi sejauh mana ia mencapai sasaran pelanggan yang betul?

 

More episodes

Load more