April 14, 2020

EP1. Chiki Chicken & Squid Menerokai Pasaran Online

EP1. Chiki Chicken & Squid Menerokai Pasaran Online

Gerai On Digital kali ini menampilkan seorang peniaga gerai ayam gunting di Taman Medan Petaling Jaya yang menghadapi cabaran perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik COVID 19. Jika sebelum PKP, pelanggan beliau datang membeli setiap hari tapi sejak PKP ini, beliau terpaksa mempelajari sesuatu yang baru dalam strategi pemasaran iaitu secara digital.

Isi Utama

Melalui podcast kali ini menampilkan pengalaman dan cabaran pemilik Chiki Chicken & Squid , En Muhammad Izham b Sulimin yang menjalankan bisnes menjual ayam gunting sepanjang tempoh PKP. Beliau yang sebelum ini kurang menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran tetapi kini terpaksa meneroka pelbagai medium digital untuk menmbusi pasaran lebih luas. Ini secara tak langsung, beliau mendapat ilmu baru dalam menjalankan perniagaan gerai beliau dan sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Selain itu, ia juga memberi limpahan rezeki kepada ramai 'delivery guy' atau 'runner' untuk menambah pendapatan melalui penghantaran makanan dari peniaga gerai ke rumah pelanggan.

Fakta Menarik

Jika sebelum ini ramai usahawan mikro termasuk peniaga gerai tidak menjadikan digital sebagai alat pemasaran tetapi akibat PKP dan COVID 19, ia memberikan satu perspekstif baru kepada peniaga-peniaga gerai untuk mengekploitasi digital sebagai medium pemasaran yang baru.

 

More episodes

Load more