EP. 26 Usahakan 9 Gerai Keria Gula Melaka Tok Ma Sebelum PKP

Kali ini Gerai Go Digital memperkenalkan seorang usahawan muda, Mohd Iqbal b Kamal Bahrin, pemilik Kuih Keria Gula Melaka Tok Ma yang berusia 21 tahun dan telah menjalankannya sejak 4 tahun lalu. Berniaga di 9 buah gerai sekitar Shah Alam dan mempunyai beberapa pekerja yang membantu

Isi Utama

Podcast kali ini menampilkan Iqbal dari Keria Gula Melaka Tok Ma yang memulakan bisnes gerai di Seksyen 19 selain menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp untuk memastikan kuih keria Tok Ma terus terkenal dan dapat dinikmati oleh pelanggan. Beliau yang mengusahakannya bersama keluarga sepanjang PKP merasakan tempahan tidak sebanyak sebelum PKP.

Fakta Menarik

Usahawan muda yang menjalankan bisnes makanan tradisi perlu disokong dan diberikan peluang kerana ianya akan memastikan produk makanan tradisi terus kekal, cuma strategi pemasaran yang lebih ke arah digital.

EP.25 Zul Kitchen Ke Arah Digital Secara Perlahan-lahan

Gerai Go Digital kali ini membawakan seorang pengusaha makanan, En Zulkifli b Che Musa dari Zul Kitchen t=yang menjual kuih Akok Kelantan sejak 3 tahun lalu di Bazar Ramadan Seksyen 20 Shah Alam. Tetapi, pada tahun ini tiada bazar Ramadan, maka online adalah penyelesaian terbaik untuk meneruskan bisnes beliau.

Isi Utama

Kali ini podcast membawakan bagaimana En Zulkifli dari Zul Kitchen menggunakan media sosial seperti facebook dan whatsapp untuk mempromosikan kuih Akok Kelantan yang diusahakan. Berbanding dengan berniaga di bazar Ramadan dan sepanjang PKP ini, paling ketara adalah pendapatan yang berkurangan tetapi bezanya mendapat pelanggan baru.

Fakta Menarik

Menggunakan kaedah pembayaran secara online dan tunai adalah satu usaha untuk memudahkan pelanggan-pelanggan berurusan dan secara tak langsung peniaga gerai telah menuju ke arah digital secara perlahan-lahan.

 

EP.24 Che Ain Putu Perak Tetap Berani Hadapi Cabaran Sepanjang PKP

Kali ini Gerai Go Digital menampilkan seorang lagi peniaga makanan, En Rosman b Hj Mahmud dari Che Ain Putu Perak yang mengusahakannya bersama isterinya, Che Ain sejak 2002. Bermula dengan berniaga secara gerai-gerai di tepi-tepi jalan tetapi atas usaha mempromosi yang berterusan, produk mereka telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Isi Utama

Sejak PKP ini, En Rosman dan isteri yang merupakan pegusaha Che Ain Putu Perak menggunakan media sosial seperti facebook untuk menjual dan promosi produk makanan mereka terutama untuk pelanggan sekitar Shah Alam. Cabaran terbesar menggunakan online adalah terdapat pelanggan yang membatalkan tempahan di saat akhir terutama ketika makanan dalam perjalanan kepada mereka.

Fakta Menarik

Keberanian yang ditunjukkan oleh peniaga seperti pemilik Che Ain Putu Perak untuk meneruskan bisnes walau sedar cabaran yang berbeza dan terkesan sepanjang PKP ini perlu dicontohi oleh peniaga-peniaga kecil agar terus berniaga walau agak terbeban.

 

EP.23 Pengusaha Mee Rebus TokPah Teruja Urusniaga Secara Digital

Gerai Go Digital kali ini menampilkan Mohd Norafif b Zamri, 21 tahun yang mengambil alih bisnes keluarga berusia 10 tahun sejak 4 tahun lalu, dan menjualnya secara foodtruck di Seksyen 9, Shah Alam. Pada permulaan PKP, tidak terfikir untuk menjalankan bisnes tetapi apabila mendapat permintaan dari pelanggan tetap, membuka idea menjalankannya secara online.

Isi Utama

Podcast kali ini membawakan seorang usahawan muda, Afif yang mengusahawakan Mee Rebus TokPah yang tak luntur semangat untuk meneruskan bisnes secara online sepanjang PKP ini. Perbezaan paling ketara dihadapi sepanjang PKP ini, penggunaan online secara sepenuhnya sedangkan beliau lebih selesa menggunakan offline untuk pemasaran kerana sudah menjadi kebiasaan menjual secara foodtruck di tapak disediakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

Fakta Menarik

Kepada usahawan yang masih baru dalam dunia online, usahawan perlu membiasakan diri kerana mereka perlu belajar dan mendalami cara memasarkan dan menjual secara online kerana ia sebahagian dari normal baru (new normal) yang akan dipraktikan di Malaysia dan seluruh dunia.

 

EP.22 Cabaran Barang Basah Naik Mencanak Gusarkan pengusaha Sajian Murni

Kali ini Gerai Go Digital menampilkan usahawan, Puan Siti Rosidah dari Sajian Murni yang mengusahakan bisnes makanan sejak 6 tahun lepas di Shah Alam dengan menumpukan tender kantin di sekolah, kilang dan pejabat-pejabat. Menjalankan menu lauk pauk dan sepanjang PKP mula mengkhususkan kepada menu tertentu.

Isi Utama

Kali ini, podcast menemubual seorang usahawan dan pemilik Puan Siti Rosidah atau lebih mesra dikenali sebagai Makcik Siti. Sejak PKP ini, beliau terpaksa melupakan sementara bisnes di kantin kilang dan sekolah tetapi membuatnya dari rumah secara online. Bantuan dari anak-anak yang sangat mahir menggunakan media sosial memudahkan beliau dan keluarga menjalankan bisnes dengan menumpukan menu seperti popia dan beberapa menu pilihan.

Fakta Menarik

Memang tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak, PKP menjejaskan pendapatan ramai peniaga kecil tetapi atas kerjasama dan semangat keluarga, membolehkan mereka terus berusaha untuk mencari nafkah dan yakin bahawa semua dugaan ini ada hikmahNya.

 

EP.21 Semangkuk Kitchen Tetap Beroperasi Dari Rumah

Kali ini Gerai Go Digital membawakan seorang peniaga, Mathadir bin Malik dari Semangkuk Kitchen yang popular dengan menu Nasi Ayam Penyek Meletop yang menjalankan bisnes dari rumah. Kebiasaannya, di bulan Ramadhan, Semangkuk Kitchen akan beroperasi di Bazar Ramadhan USJ4 .

Isi Utama

Kali ini, podcast membawakan Mathadir Malik yang membawakan menu Nasi Ayam Penyek Meletop yang kini dijalankan sepanjang Ramadhan tahun ini akibat PKP. Walaupun suasana berbeza berbanding Ramadhan yang lepas, namun penggunaan media sosial sedikit sebanyak dapat membantu beliau terus berniaga dalam suasana PKP sedang dilaksanakan.

Fakta Menarik

Walau sesukar mana keadaan bisnes usahawan mikro sekarang tetapi jika mereka tahu menggunakan kelebihan media sosial dan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan, akan memudahkan lagi bisnes mereka sepanjang PKP ini.

EP.20 Penggunaan Khidmat Penghantaran Banyak Membantu Pasembor Hussin

Gerai Go Digital kali ini membawakan seorang lagi peniaga yang yang mewarisi bisnes keluarganya, Pasembor Hussin di USJ. Bisnes yang telah dilakukan sejak 30 tahun lalu dari roda tiga hingga kini di restoran telah disambung oleh anaknya yang berusia 28 tahun.

Isi Utama

Podcast kali ini menampilkan Abdul Rejab b Hussin, pemilik Restoran Pasembor Hussin di USJ yang mengubah sedikit strategi bisnes sepanjang PKP tetapi masih tidak menjejaskan bisnesnya. Cuma perbezaannya, ketika PKP ini, beliau terpaksa mencari bahan-bahan mentah sendiri setiap hari berbanding sebelum ini. Penggunaan media sosial seperti Grab Food dan sebagainya sejak sekian lama tidak menjejaskan bisnes beliau secara ketara.

Fakta Menarik

Menariknya, peniaga yang menggunakan e-hailing sebagai alat promosi dan penghantaran tidak terkesan dan peniaga-peniaga makanan mikro digalakkan menggunakannya untuk mencapai sasaran pelanggan yang lebih luas.

EP.19 Anak Muda Transformasi Bisnes Keluarga, RRF Warisan Melalui Digital

Pada kali ini, Gerai Go Digital menampilkan seorang usahawan muda yang menjalankan bisnes keluarga sejak 10 tahun lalu. Berbekalkan pengalaman ibubapanya dalam menyediakan menu kuih tradisional sejak 30 tahun memberikan satu tambah nilai kepada perniagaan turun temurun keluarga ini.

Isi Utama

Podcast ini memperkenalkan seorang anak muda, Mohd Syafiq b Rahmat dari RRF Warisan yang menjalankan bisnes keluarga menjual kuih muih tradisional di pasar malam dan kini meneruskannya dari rumah sepanjang Ramadhan dan PKP. Sebagai anak muda mahir IT, beliau telah menggunakan kebolehan beliau untuk mempromosikan jualan mereka sepanjang PKP ini.

Fakta Menarik

Anak muda yang meneruskan legasi perniagaan keluarga mampu meningkatkan pendapatan melalui digital dan mentransforamasikan perniagaan tradisional ke satu tahap yang lebih baik.

 

EP.18 Demi Pelangan, My Keria Tetap Dengan Harga Sebelum PKP

Edisi kali ini menampilkan seorang peniaga gerai kuih muih sepenuh masa yang menjual kuih keria. Sepanjang PKP, penghantaran ke rumah pelanggan tetap dilaksanakan untuk memastikan pelanggan tetap mendapat menikmati kuih keria yang dijual.

Isi Utama

Podcast kali ini menampilkan Nazirah bt Mohd Nazri yang menjalankan bisnes, My Keria yang dilakukan kawasan kediaman beliau. Cabaran beliau lalui adalah bahan mentah yang meningkat harga sepanjang PKP dilaksanakan tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan harga jualan sebelum PKP lagi demi menjaga pelanggan tetap.

Fakta Menarik

Media sosial merupakan satu alat yang memberikan banyak manfaat kepada peniaga-peniaga gerai dan penjaja sepanjang PKP ini. Namun, ada yang kurang mahir menggunakanya dan mereka perlu mempelajarinya dan membiasakannya.

EP.16 Qyla Eitlicious Fokuskan 2 Menu Kuih Tradisional Sepanjang PKP

Melalui Gerai Go Digital kali ini mengetengahkan Fatin Aqila bt Badrul Hisham, pengasas Qyla Eitlicious yang menjual kuih muih tradisional terpaksa fokus kepada dua jenis kuih saja sepanjang PKP kerana kesukaran mendapat lebih ramai pelanggan.

Isi Utama

Kuasa pembeli yang berkurangan menyebabkan pemilik Qyla Eitlicious mengurangkan menu kuih muih tradisional hingga menggurangkan pendapatan. Namun, penggunaan media sosial memainkan peranan dalam mencari pelanggan yang baru di kawasan persekitaran.

Fakta Menarik

Peniaga gerai dan penjaja yang terdiri anak muda dan celik IT memudahkan mereka untuk menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran. Ini berbeza dengan peniaga kecil yang kurang kemahiran menggunakan media sosial.

 

Load more

Play this podcast on Podbean App