EP 298 ADAKAH PENGUSAHA PUSAT TUISYEN DIBANTU MARA?

Kali ini Bisnes Makeover cuba membantu usahwaan yang terlibat dalam duinia bisnes seperti pusat tuisyen atau yang ingin membesarkan dari sebuah bisnes bertaraf kelas tambahan menjadi sebuah pusat tuisyen yang lebih baik. Pernahkah pengusaha tuisyen ini membuka cawangan untuk menambah lagi pendapatan dan seterusnya memperluaskan lagi jenama pusat tuisyen mereka. Atau membuka kelas tuisyen secara alam maya menggunakan platform digital?

Isi Utama

Kali ini, Bisnes Makeover menemubual tetamu wakil dari agensi kewangan yang banyak membantu usahawan Bumiputera, MARA dalam berkongsi pakej pembiayaan yang sesuai untuk para usahawan pusat tuisyen atau yang ingin mengembangkan bisnes mereka. En Mohd Faisal, Pegawai MARA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkongsi tips dan nasihat yang perlu usahawan di dalam genre sebegini untuk memudahkan permohonanan mereka mendapat pembiayaan dari MARA.

Fakta Menarik

MARA sebagai sebuah agensi yang terlibat dalam membantu usahawan Bumiputera di negara ini untuk mengembangkan empayar bisnes mereka sentiasa bersedia membantu melalui pakej pembiayaan kewangan dan khidmat nasihat yang berkaitan keusahawanan.

EP 297 JURULATIH SUKAN LASAK JUGA PERLU CONTENT SESUAI!

Episod Bisnes Makeover kali ini membawakan topik untuk membantu menambah baik usahawan yang menjalankan bisnes sebagai Jurulatih dan Penunjuk Arah Aktiviti Luar (extreme) seperti aktiviti pendakian gunung, menerokai gua, sukan lasak dan sebagainya. Pastinya bisnes sebegini juga perlu menjadikan media sosial sebagai alat pemasaran yang dapat menambah baik bisnes mereka.

Isi Utama

Episod ini menampilkan Coach Syidi dari Contenpreneur.com yang memberikan idea untuk usahawan yang terlibat sukan lasak luar (outdoor) menambah baik bisnes mereka melalui content yang sesuai dengan sasaran pelanggan yang betul. Tak semua bisnes sesuai dengan content yang sama, tetapi content yang betul dan tepat boleh menarik sasaran pelanggan yang betul.

Fakta Menarik

Menariknya, Coach Syidi memberikan idea yang berbeza-beza sesuai dengan genre bisnes yang betul untuk sasaran pelanggan yang sesuai.

EP 296 CONTENT MENARIK UNTUK TRANSFORM BISNES KITAR SEMULA

Satu lagi genre bisnes yang cuba dibantu melalui Bisnes Makeover adalah bisnes berkaitan barangan lama dan kitar semula dilakukan secara konvensional, menggunakan lori, pergi dari rumah ke rumah, taman ke taman untuk mencari barangan terpakai dari penduduk. Pernahkah kita terfikir, perlukah bisnes sebegini diinovasi dari aspek marketingnya kerana ia berpotensi diperluaskan dan boleh menjana keuntungan berlipat kali ganda.

Isi Utama

Kali ini, Nana Mahazan bersama Coach Syidi, pakar penyediaan 'content' pemasaran, contentrepneur.com untuk berkongsi tips dan idea untuk usahawan terlibat genre bisnes kitar semula untuk transformasi dari kaedah konvensional kepada penggunaan teknologi media sosial sesuai peredaran semasa dan perkembangan semasa.

Fakta Menarik

Sesuai dengan perubahan teknologi semasa dan akan datang, Coach Syidi berpendapat usahawan dan bisnes perlu seriring berubah dari aspek minda mereka untuk turut sama mengikut peredaran semasa.

EP 295 MARA SENTIASA MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK USAHAWAN

Episod Bisnes Makeover kali ini menekankan untuk membantu usahawan yang terlibat dalam bisnes buah-buahan segar di premis-premis.  Jika kita lihat, kebanyakan peniaga buah-buahan di bandar-bandar besar dan kawasan perumahan adalah dimiliki oleh usahawan Cina manakala di R&R lebuhraya dan kampung-kampung pula dijalankan oleh usahawan Melayu. Jadi, bagaimana nak tarik customer untuk membeli buah-buahan segar di kedai yang diusahakan dan bersaing dengan usahawan buah-buahan sediada di kawasan yang sama?

Isi Utama

Kali ini, wakil MARA akan memberikan pandangan dan bantuan untuk usahawan yang terlibat bisnes buah-buahan segar kerana semua sedia maklum, selain pemasaran, faktor yang menyebabkan bisnes sebegini sukar bersaing adalah kekurangan modal untuk pusingan, modal pemasaran yang besar dan sebagainya. Juga, kriteria dan syarat-syarat yang perlu untuk seseorang usahawan dan bisnes mendapat sokongan dan pembiayaan dari agensi seperti MARA.

Fakta Menarik

Kesimpulannya, MARA sebagai sebuah agensi yang membantu usahawan Bumiputera sentiasa menyediakan pakej-pakej pembiayaan kewangan dan khidmat nasihat untuk para usahawan yang ingin mengembangkan bisnes mereka ke arah kejayaan.

 

EP 294 MACAMANA PENGUSAHA PRODUK KECANTIKAN DAN SPA NAK SEDIA 'CONTENT' MELETUP?

Bisnes Makeover dihoskan Nana Mahazan kali ini ingin membantu usahawan yang menjual produk kecantikan, Puan Mazuen Agus dari C'Quen dalam aspek teknik penyediaan content menarik di media sosial. Melalui teknik penulisan dan penyediaan 'content' menarik amat penting menjadi 'magnet' untuk pelanggan membeli produk yang dijual secara online dan offline.

Isi Utama

Kali ini, pakar pemasaran dan penyediaan 'content' iaitu Coach Shidi dari contentpreneur.com berkongsi teknik penyediaan 'content' menarik untuk usahawan bidang produk kecantikan dan spa seperti Puan Mazuen Agus dari C'Quen agar content yang disediakan boleh membantu menambah pengikut media sosial dan seterusnya pelanggannya.

Fakta Menarik

Menulis dan menyediakan 'content' yang menarik lebih mudah jika usahawan tersebut lebih kreatif dan mencari idea-idea baru melalui perkongsian ilmu bisnes usahawan yang berjaya.

EP 293 'PLUMBER' : UBAH  CARA PEMASARAN SESUAI PERUBAHAN TEKNOLOGI

Episod kali ini mengetengahkan bisnes membaiki paip yang dijalankan secara kecil-kecilan dan secara individu. Sebenarnya cabang bisnes ini mempunyai potensi dikembangkan jika betul cara pemasarannya dan bukan hanya menampal iklan di tiang-tiang lampu dan tepi-tepi jalan.

Isi Utama

Kali ini Nana Mahazan mengorek ilmu dan teknik mengubah minda usahawan dari Guru Mindset Usahawan, Tuan Hj Fadzli Yusof untuk mengubah minda usahawan terlibat dalam bisnes membaiki paip atau 'plumber' agar mengubah cara pemasaran lebih moden sesuai dengan teknologi masa kini.

Fakta Menarik

Sebagai Guru Mindset Usahawan, Tuan Hj Fadzly Yusof berkongsi teknik mengubah minda usahawan termasuk usahawan muda agar lebih kreatif dan terbuka.

 

EP 292 BISNES MEMBAIKI KASUT ADA POTENSI BESAR

Bisnes membaiki kasut ini sering kali dianggap sebagai satu bisnes yang tidak menguntungkan dan tidak popular. Sebab itu, bisnes ini kurang dilakukan terutama oleh anak muda. Tetapi, sebenarnya bisnes ini boleh dijadikan satu bisnes profesional kerana teknik membaiki kasut dan penjagaan kasut terutama kasut kulit yang mahal akan melibatkan penelitian yang terbaik dan memerlukan kemahiran tinggi.

Isi Utama

Episod yang dihoskan oleh Nana Mahazan kali ini menampilkan Tuan Hj Fadzli Yusof, Guru Mindset Usahawan untuk membantu mengubah minda anak muda agar menyertai satu lagi cabang bisnes yang berpotensi untuk berjaya dan boleh berkembang iaitu bisnes membaiki kasut. Terdapat kasut yang bernilai beribu-ribu ringgit dan jika ianya rosak atau memerlukan penjagaan yang rapi, maka pemilik biasanya akan mencari kedai membaiki kasut yang mereka percayai. Jadi, inilah peluang dan sasaran pelanggan yang tepat sekiranya anda ingin menjadikan cabang bisnes ini satu cabang yang boleh mendatangkan keuntungan.

Fakta Menarik

Sebagai Guru Mindset Usahawan, Tuan Hj Fadzly Yusof berkongsi teknik mengubah minda usahawan termasuk usahawan muda agar lebih kreatif dan terbuka.

 

EP 291 RAWATAN BEKAM PERLU TEKNIK PEMASARAN MODEN

Satu lagi cabang bisnes berkaitan kesihatan adalah bisnes rawatan membekam yang banyak dipelopori oleh usahawan Melayu. Walaupun, aktiviti membekam banyak dilakukan oleh orang-orang tua tetapi sejak akhir-akhir ini bisnes ini mula mendapat perhatian dari usahawan muda tetapi telah diinovasikan samada dari aspek peralatan yang lebih moden dan suasana tempat membekam umpama sebuah klinik yang selesa.

Isi Utama

Episod kali ini menampilkan Tuan Hj Mohd Fadzli Yusof, Guru Mindset Usahawan yang membantu usahawan terlibat dalam bisnes rawatan bekam untuk menarik lebih ramai pelanggan melalui teknik penulisan content menarik selain dari itu, beliau berkongsi tips untuk usahawan terlibat, bagaimana untuk mengubah minda masyarakat agar lebih yakin bahawa rawatan bekam adalah rawatan yang selamat, bersih dan bagus untuk kesihatan.

Fakta Menarik

Apa yang menarik di episod ini adalah teknik mengubah minda usahawan yang banyak dikongsikan oleh Tuan Hj Fadzli Yusof, Guru Mindset Usahawan agar lebih terbuka dalam menghasilkan content menarik.

EP 290 BUKAN MUDAH UNTUK AMBIL ALIH BISNES KELUARGA DI USIA MUDA

Episod Bisnes Makeover kali ini menampilkan usahawan muda yang akan dibantu iaitu Azriana Aqasha bt Mohd Faisal, Flavaris ( M) Sdn Bhd. Beliau akan dibantu oleh En Mohd Faisal, Pegawai MARA Wilayah Persekutuan dari aspek nasihat pembiayaan kewangan untuk membesarkan lagi bisnes Flavaris (M) Sdn. Bhd.

Isi Utama

Kali ini, Nana Mahazan menemubual usahawan Azriana Aqasha yang mengambil alih perusahaan ayahnya, Flavaris (M) Sdn. Bhd. yang menghadapi masalah pembiayaan kewangan. Beliau yang masih muda mengakui beban yang berat untuk memikul tanggungjawab dalam menguruskan bisnes keluarga agar tidak tersungkur, malah dapat dikembangkan dengan penambahan modal yang lebih besar.

Fakta Menarik

Kesimpulan dari perbualan dan nasihat dari En Mohd Faisal, MARA sentiasa berusaha membantu dan mempunyai pakej pembiayaan yang sesuai untuk usahwan seperti Azriana Aqasha dan apa yang perlu beliau lakukan adalah bertemu dan berbincang dengan Pegawai MARA di kawasan berhampiran dengan bisnesnya.

 

EP 289 BOLEHKAH MARA BERI PINJAMAN UNTUK USAHAWAN KECIL TERLIBAT BISNES PEMBAIKAN LAPTOP?

Hari ini, hampir 70% rakyat Malaysia memiliki laptop atau komputer peribadi untuk digunakan untuk pelbagai kerja atau pelajaran. Maksudnya, bisnes dalam bidang ini sangat meluas dan selain perniagaan menjual laptop atau PC, bisnes yang boleh menguntungkan adalah membaiki atau membaik pulih laptop atau PC. Maka, ramai yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini telah menjalankan bisnes tersebut secara kecil-kecilan atau separa mamsa sedangkan ia mampu untuk menjadi pendapatan lumayan.

Isi Utama

Kali ini, Bisnes Makeover menjemput dan menemubual wakil MARA Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Faisal yang berkongsi nasihat untuk usahawan yang terlibat dalam bidang pembaikan laptop dan PC untuk membesarkan bisnes mereka melalui pembiayaan kewangan dan khidmat nasihat yang disediakan oleh MARA. Malah, ramai yang tidak menyedari bahawa MARA sentiasa berusaha dan bersedia membantu usahawan sebegini dalam mengembangkan bisnes mereka ke satu tahap yang lebih baik.

Fakta Menarik

Kesimpulannya, MARA sentiasa memberi ruang dan peluang untuk para usahawan termasuk yang terlibat dalam bidang pembaikan laptop dan PC secara kecil-kecilan melalui skim-skim pembiayaan yang sesuai.

 

Load more

Play this podcast on Podbean App