EP.9 SERV MEMUDAHKAN PEMILIK KENDERAAN MELALUI TEKNOLOGI

SERV Technology Sdn. Bhd. atau SERV yang diasaskan oleh Saudara Arief Imran memperkenalkan konsep Vehicle Super App : Platform teknologi berasaskan internet yang memberi tumpuan untuk memberikan pengalaman dalam pengurusan pemilikan kenderaan sehenti. Platform ini membolehkan pemilik kenderaan untuk mencari pelbagai perkhidmatan untuk kenderaan mereka termasuklah membuat pembayaran dan mengesan laporan kesihatan kenderaan secara digital.

Isi Utama

Kali ini, DJ Arizal menemubual Saudara Arief Imran yang merupakan Pengasas SERV yang ingin memudahkan lebih ramai pemilik kenderaan di negara ini menyimpan data mengenai kenderaan mereka di dalam aplikasi SERV. Melalui temubual ini, Saudara Arief Imran turut berkongsi pengalaman beliau dan pasukannya untuk membina dan mendidik masyarakat untuk berubah dari cara manual kepada teknologi internet bermula dari aspek pembaikan kenderaan, penyimpanan data kenderaan dan sebagainya agar semuanya lebih mudah dan selamat. SERV kini beroperasi di Malaysia dan turut berada di Amerika Syarikat. SERV juga sedang mengembangkan teknologi berkaitan mobiliti seperti kenderaan automatik melalui lengan R&D dalam kumpulan syarikat SERV.

Fakta Menarik

Menariknya, usaha anak muda ini dan pasukannya telah menarik sekitar 10,000 pemilik kenderaan menggunakan aplikasi SERV dan ianya dijangka akan bertambah melalui peningkatan teknologi dan pemasaran.

 

EP.8 MISI GOLDEN HARVEST IND. SDN BHD MENARIK MINAT AFFINBANK UNTUK MEMBANTU

Mengambil alih sebuah syarikat keluarga yang telah lama di pasaran bukanlah sesuatu yang mudah jika tiada kesungguhan dan matlamat untuk dituju. Begitulah perkongsian pengalaman dari Rakan Niaga AFFINBANK, Mr Law Chen Ann, Pengarah Urusan Golden Harvest Ind. Sdn. Bhd yang ditemubual oleh DJ Arizal, hos Bicara Ekspres.

Isi Utama

Episod kali ini menampilkan Mr Law Chen Ann, Pengarah Urusan Golden Harvest Ind. Sdn. Bhd. yang berkongsi pengalaman beliau menerajui sebuah syarikat yang diambil alih dari keluarganya. Perniagaan kecil di awal pengambilannya telah ditransformasi melalui teknologi dan penyelidikan ini kini telah diiktiraf oleh pelbagai pihak termasuklah di iktiraf “Best Innovasion-Plantinum Award” dari SOBA kerana berupaya memberi negara kita Malaysia 100% jaminan bekalan makanan negara. Mr Law Chen Ann juga adalah Ketua Pereka produk nutrisi Boosta Max & Savigo yang berteknologi tinggi untuk semua jenis tanaman. Misi beliau adalah untuk meningkatkan taraf hidup petani-petani di seluruh dunia dengan penggunaan teknologi unggul ini.

Fakta Menarik

Kesimpulannya, di mana ada kehendak dan usaha, disitu ada kesungguhan dan kejayaan. Melalui pengalaman yang dikongsikan, Golden Harvest Ind. Sdn. Bhd. turut mendapat sokongan dan bantuan pembiayaan dari AFFINBANK yang sentiasa membantu rakan niaga mereka tanpa mengira status bisnes mereka.

EP.7 TINJAUAN PASARAN DAN PELUANG UNTUK MENGEMBANGKAN KEWANGAN ANDA DENGAN AFFIN HWANG

Ketika rakyat Malaysia menghadapi cabaran sepanjang pandemik COVID-19 ini, ramai yang terkesan terutama dari aspek pendapatan yang tidak menentu. Peluang-peluang untuk menjana dana bagi tujuan mengembangkan perniagaan setiasa dicari oleh para usahawan. Tetapi, ilmu pelaburan di pasaran saham juga penting untuk dipelajari agar mereka tidak mengalami kerugian akibat dari kecetekan ilmu pelaburan. Inilah masa untuk mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut melalui perkongsian dari beberapa pakar Affin Hwang Capital yang ditemubual oleh DJ Arizal di rancangan Bicara Ekspres.

Isi Utama

Bicara Ekspres kali ini menemubual beberapa pakar dari Affin Hwang Capital yang berkongsi ilmu-ilmu pelaburan saham untuk menjana pendapatan terutama dalam usaha mengembangkan perniagaan di saat ramai pengusaha yang agak terkesan dengan pandemik COVID-19 ini. Dimulai oleh Puan Mona Suraya Kamaruddin, Pengarah Urusan Kumpulan Affin Hwang Capital yang berkongsi Gambaran Keseluruhan Affin Hwang Capital, diikuti Mr Alan Tan, Ketua Penyelidik dan Ketua Ahli Ekonomi, juga tidak terkecuali yang berkongsi mengenai Perkembangan Terkini Dalam Pasaran Saham Bagi Pelabur-pelabur Runcit adalah Mr Wong Yoke Weng, Pengarah Urusan Bahagian Sekuriti, juga Mr Ng Meng Wah, Ketua Perniagaan Pelabur Runcit, Bahagian Sekuriti yang mengupas topik Produk-produk Untuk Pelabur Runcit serta ilmu mengenai Melabur Secara Atas Talian Dengan e-invest oleh Encik Mohd Faiz Sakri, Pegawai Pengajian Bahagian Sekuriti Affin Hwang Capital.

Fakta Menarik

Kesimpulannya, Banyak ilmu yang perlu dipelajari oleh para pelabur terutama yang masih baru dan sedang dalam proses berjinak-jinak dengan pelaburan saham ini agar mereka taidak tersilap langkah. Maka, ilmu yang diberikan oleh pakar-pakar dari Affin Hwang Capital di dalam audio siar kali ini amat berguna untuk pelabur-pelabur amatur dan sesiapa yang ingin menambah dana mereka melalui pelaburan saham.

Ep 221. MONEYMATCH SEMAKIN DIYAKINI DAN MENJADI PILIHAN PELANGGAN

Bicara Ekspres kali ini menampilkan seorang anak muda yang menampilkan suatu bisnes yang sangat jarang diceburi oleh anak-anak muda iaitu berkaitan sektor kewangan.

Isi Utama

Episod kali ini, DJ Arizal menemubual Naysan Munusamy, Pengasas Bersama MoneyMatch yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau menjalankan satu cabang bisnes yang agak jarang diterokai oleh anak-anak muda iaitu berkaitan kewangan. Beliau turut berkongsi mengenai apa yang menyebabkan beliau dan rakan kongsinya menjalankan perniagaan yang agak mencabar ini.

Fakta Menarik

Kesimpulannya, MoneyMatch telah menjadi salah satu rakan niaga kepada ramai pelanggan yang menggunakan khidmat pemindahan wang di Malaysia dan turut di peringkat global kerana konsep yang sangat mesra pelanggan dan menjimatkan.

Ep 220. CABARAN USAHAWAN MUDA, AIZAT RAHIM MENERAJUI WORLDLINE CORPORATION

Kali ini, Bicara Ekspres menampilkan seorang lagi usahawan muda yang mengambil alih dan meneruskan perniagaan dari ayahnya dan memastikan perniagaan tersebut berada dalam landasasn yang betul dan terus maju di bawah penerajuan beliau.

Isi Utama

Episod kali ini, DJ Arizal berkesempatan menembual usahawan muda, Aizat Rahim dari Worldline Corporation yang berkongsi pengalaman dan cabaran beliau yang mengambil alih sebuah syarikat yang telah berjaya dari ayahnya. Apa yang menariknya, usia perniagaan tersebut adalah 30 tahun iaitu sebaya dengan umur anak muda ini. Ini semestinya satu cabaran untuk beliau membuktikan kemampuannya dalam meneruskan legasi sebuah bisnes yang telah dibina dengan jayanya.

Fakta Menarik

Kesimpulannnya, walaupun bisnes tersebut telah berjaya dan bertapak lama di pasaran, namun ianya bukan mudah untuk usahawan ini, Aizat Rahum untuk terus mengekalkan kecemerlangannya dan memberikan suntikan teknologi baru dalam perniagaan tersebut.

Ep 219. KONSEP JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN DIKONGSI PEMILIK MAMA'S DELIGHT

Pada episod Bicara Ekspres kali ini, menampilkan usahawan yang menjadikan berkongsi pengalaman dan minat beliau dan menjadikan pengalaman itu satu cabang bisnes yang berjaya. Kesungguhan, pengalaman dan kemahiran telah digabungkan untuk mejadikan bisnesnya lebih berdaya maju.

Isi Utama

Kali ini, DJ Arizal menemubual usahawan dan juga Chef Iskandar b Ishak, Pengasas dan Pemilik Mama’s Delights yang berkongsi pengalaman melancong ke negara luar, pengetahuan ilmu dalam bidang kulinasi dan minat beliau dalam mengadaptasikan kepada bidang perniagaan yang sangat mencabar tetapi sangat diminati oleh beliau. Sepanjang temubual ini, beliau turut berkongsi bahawa ini adalah salah satu cara beliau untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai citarasa makanan tradisi Melayu dan Malaysia.

Fakta Menarik

Kesimpulannya, jika ada minat yang mendalam digarap bersama ilmu pengetahuan mampu menjadikan seseorang usahawan itu berjaya dan mampu bergerak lebih jauh llagi. Apa yang penting adalah usaha yang berterusan dan kecekalan diri.

 

EP.3 BUJINS BATIK MENGINOVASI REKAAN BATIK

Ingin mengenali dan mengetahui mengenai perusahaan batik di negara ini? Kali ini, salah seorang Pengasas Bujins Batik, En Taufik Hussien akan berkongsi pelbagai perkara mengenai Bujins Batik dan industri batik di Malaysia. Beliau akan ditemubual oleh host DJ Arizal dan akan memberikan kupasan beberapa perkara berkaitan industi batik

Isi Utama

Episod kali ini menampilkan Bujins L Batik yang merupakan pembuat batik ‘bespoke’ yang mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Produk batik yang dihasilkan adalah unik menggabungkan motif tradisional dan moden. Antara anugerah dan pertandingan yang pernah dimenangi Bujins adalah termasuk Tangan Emas Perdana Menteri 2009 oleh MySkills, Juara Piala Sri Endon 2012 anjuran Yayasan Budi Penyayang, Usahawan Muda Kraf 2018 oleh Kraftangan Malaysia dan Johan Batik sempena Visit Malaysia 2020 oleh Tourism Malaysia. Bujins berusaha menaikkan martabat batik di dalam dan luar negara dan mengekalkan khazanah warisan bangsa dengan menubuhkan Bujins Academy yang melatih anak-anak muda untuk berkecimpung dalam bidang batik dan keusahawanan.

Fakta Menarik

Kesimpulannya, apa yang dikongsikan oleh Saudara Taufik memberikan pandangan berbeza mengenai industri dan perniagaan batik di Malaysia termasuklah cabaran dan pengalaman tim Bujins Batik utuk bersaing dengan jenama batik yang lain. Kejayaan dan ilmu oleh Bujins Batik turut dikongsikan dengan ramai anak muuda melalui Akademi Bujins untuk memastikan seni dan industri batik di Malaysia terus berkembang dan berdaya maju.

 

 

EP.2 AFFINBANK SENTIASA MEMBANTU MENCAPAI IMPIAN RAKAN NIAGA MEREKA

Ingin ketahui pengalaman dan cabaran dihadapi salah seorang Rakan Niaga AFFINBANK? Juga perkongsian bantuan oleh AFFINBANK yang diterima oleh WORQ. Sesi Bicara Ekspres kali ini menemubual Mr Andrew Yeow, Pengasas WORQ Co Working Space oleh DJ Arizal.

Isi Utama

Bicara Ekspres yang dimajukan oleh AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC Bank kali ini menampilkan seorang usahawan, Andrew Yeow yang merupakan Pengasas dan juga Ketua Pegawai Kewangan kepada syarikat WORQ yang merupakan "co-working space". Menariknya, WORQ yang telah dibangunkan sejak 4 tahun lalu, kini memiliki 4 cawangan dengan keluasan ruang kerja 100,000 kp dan menyasarkan sehingga 1,000 000 kp dalam tempoh 12 bulan akan datang. Andrew berkongsi pelbagai pengalaman dan cabaran beliau hadapi sepanjang membangunkan WORQ dan kini sedang berusaha untuk mengembangkannya ke peringkat lebih tinggi.

Fakta Menarik

Walaupun masih berusia 4 tahun, anak muda ini, Andrew Yeow membuktikan dengan kesungguhan, ilmu bisnes dan memahami kehendak pasaran mampu menjadikan sebuah bisnes boleh berdaya saing dan kini WORQ menjadi jenama ketiga yang berjaya dalam bidang penyediaan dan sewaan ruang kerja di Malaysia.

EP1. Aspirasi Affin Islamic Bank Berhad 

Keliru sama ada anda layak bagi Program Lanjutan Moratorium Bersasar? Ingin ketahui bagaimana AFFIN ISLAMIC dapat membantu anda menongkah arus dalam menghadapi cabaran yang getir pada waktu pandemik ini? Ingin ketahui pembiayaan yang bersesuaian untuk peniaga-peniaga PKS? Dengarkan sesi Bicara Ekspres antara Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Encik Nazlee Khalifah bersama dengan DJ Arizal.

Isi Utama

Episod Bicara Ekspres Maju Bersama AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC Bank kali ini menemubual YBahg. Encik Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad yang berkongsi aspirasi Affin Islamic Bank dalam perbankan di negara ini. Encik Nazlee telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad pada Jun 2015. Sebelum AFFIN ISLAMIC, Encik Nazlee pernah memegang jawatan sebagai Ketua Perniagaan Strategi dan Sokongan, Bahagian Perbankan Perniagaan Affin Bank Berhad pada tahun 2009 dan seterusnya pada bulan April 2011, Encik Nazlee telah dilantik sebagai Ketua Strategi Korporat. Encik Nazlee mempunyai pengalaman lebih daripada 27 tahun dalam industri perbankan. Sebelum menyertai AFFINBANK, Encik Nazlee berkhidmat di sebuah bank tempatan selama 17 tahun dalam pelbagai jawatan, kebanyakannya dalam jawatan Pengurusan Strategik.

Fakta Menarik

Pelbagai informasi dan nasihat yang dikongsikan oleh En Nazlee Khalifah termasuklah bantuan dari Affin Islamic Bank sepanjang kesukaran pelanggan mereka dalam menempuhi pandemik wabak COVID-19 ini. Juga, turut dikongsikan pakej-pakej pembiayaan dan khidmat nasihat yang ditawarkan untuk pelbagai peringkat pelanggan Affin Islamic Bank.

Ep 218. Modal Bukan Bebanan Tetapi Cabaran

Bicara Ekspress kali ini menampilkan seorang pengawai retail financing unit PUNB, Encik Mohamad Faid Amsyar untuk menjelaskan lebih terperinci tentang PUNB yang membantu usahawan-usahawan muda. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad menyediakan platform untuk usahawan bumiputra dari segi financing. PUNB menawarkan beberapa produk kepada usahawan muda untuk mengembangkan lagi perniagaan.

Isi Utama

Dalam podcast kali ini, Encik Faid berkongsi syarat tertentu usahawan muda untuk memohon pinjaman PUNB. Ramai usahawan berfikir jika tiada modal, tiada perniagaan dapat dijalankan. Dari segi PUNB, usahawan sekurang-kurangnya perlu 6 bulan berniaga untuk melihat performance. Usahawan perlu menggunakan modal sendiri dan dari situ pihak PUNB dapat melihat cara usahawan bergerak. Seperti yang mana kita tahu, usahawan muda sukar untuk mendapat pinjaman kerana tidak mempunyai cagaran, geran ataupun penjamin sehingga memaksa mereka meminjam daripada ahlong. Namun begitu, terdapat beberapa badan kewangan yang menawarkan pinjaman tanpa memerlukan cagaran, geran ataupun penjamin.

Fakta Menarik

Produk pembiayaan yang ditawarkan oleh PUNB kepada usahawan yang layak adalah minima RM100,000

 

Load more

Play this podcast on Podbean App