EP 4 PERCUTIAN LASAK ANTARA PAKEJ MENARIK DI MALAYSIA!

Kali ini, hos 5Sixty yang dihoskan oleh Eva Hazlin dari Eva Travel berkongsi mengenai bagaimana sumber alam di negara ini boleh dijadikan pakej percutian menarik yang boleh menjana pendapatan melalui bisnes percutian. Contohnya adalah pakej percutian lasak seperti menerjah dan menerokai gua, mendaki gunung dan sebagainya. Sebagai usahawan yang terlibat dalam bidang percutian, sebaiknya mereka mengeksploitasi keindahan dan sumber alam di negara ini untuk menjana kewangan melalui sektor pelancongan.

EP.3 SUSAH KE BUKA BISNES PELANCONGAN DI LUAR NEGARA?

5Sixty yang dihoskan oleh usahawan muda, Eva Hazlin dari Eva Travel memberikan tips dan nasihat kepada usahawan yang berminat untuk membuka bisnes agen pelancongan di luar negara. Seperti yang dikongsikan oleh Eva Hazlin, setiap negara mempunyai dasar dan undang-undang berkaitan perniagaan yang tersendiri dan sebagai usahawan agen pelancongan perlu ikuti syarat-syarat yang ditetapkan tetapi ianya bukan sesuatu yang mustahil dan boleh dilaksanakan jika anda berminat.

EP.2 DIGITAL DAN BISNES BAGAI AUR DAN TEBING

Episod kali ini, 5Sixty yang dihos dan ditaja oleh Eva Hazlin dari Eva Travel berkongsi fungsi dan peranan digital dalam sesebuah bisnes pada masa kini. Beliau berkongsi bagaimana bisnes boleh dilakukan hanya di hujung jari dan keperluan premis fizikal walaupun bisnes secara digital menjadi tren masa kini. Sebagai usahawan yang terlibat dalam bisnes pelancongan, menjadi keperluan untuk mempunyai premis fizikal dan beberapa faktor kewangan perlu diambil kira sebelum memulakan bisnes mereka.

 

EP.1 EVA HAZLIN BINA EVA TRAVEL KERANA MINAT MENDALAM

Episod pertama 5Sixty ini dihoskan oleh usahawan muda, Eva Hazlin, Pengasas dan pemilik Eva Travel yang sangat meminati bidang bisnes berkaitan pelancongan dan percutian. Melalui episod ini, beliau berkongsi tips dan nasihat untuk membuka dan memulakan perniagaan agen pelancongan dan percutian yang mungkin ramai di luar berfikiran agak sukar dan cerewet untuk diusahakan. Namun, melalui tip dan nasihat oleh Eva Hazlin, ianya adalah mudah jika seseorang itu benar-benar berminat dan serius dalam bidang ini. Untuk makluman, 5Sixty pada episod ini ditaja oleh Eva Travel

Load more

Play this podcast on Podbean App